WASHINGTON, 29 Julai (Bernama) — Tentera Amerika Syarikat (AS) tahu mengenai kepentingan Rusia dan China di Artik, tetapi tidak menyedari ada perkongsian khusus antara kedua-dua negara itu di rantau ini, lapor agensi berita Sputnik.

“Saya tidak tahu adanya perkongsian khusus antara China dan Rusia,” kata calon Ketua United States Northern Command (USNORTHCOM), Glen VanHerck, ketika mengesahkan mengenai perkara itu di hadapan Jawatankuasa Pasukan Tentera Senat AS pada Selasa.

VanHerck menjelaskan Rusia dan China sangat berminat dengan wilayah Artik dan USNORTHCOM perlu untuk mempertahankan kepentingan AS di sana. 

“Kita perlukan kegigihan dan kesedaran di Artik untuk memastikan kita sedar dan dapat mengesan, memantau dan jika perlu mencegah,” kata VanHerck.

Laksamana Tentera Laut AS, James Foggo, baru-baru ini berkata peningkatan aktiviti Rusia di Artik itu termasuk pembukaan pangkalan tentera baharu dan penggunaan sistem pertahanan udara S-400. 

Terdahulu, pada Selasa, Duta Kementerian Luar Rusia Nikolai Korchunov memberitahu Sputnik penggunaan sistem S-400 di pulau-pulau Artik Rusia adalah langkah bertujuan untuk pertahanan negara dan tidak seharusnya menimbulkan kebimbangan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here