PETALING JAYA, 14 Ogos: Keluaran Dalam Negara Kasar menyusut 17.1% pada suku ke-2 tahun ini, daripada pertumbuhan marginal 0.7% pada suku pertama.

Prestasi suku tahun itu merupakan pertumbuhan KDNK terendah sejak suku tahun ke-4 1998, yang merekodkan -11.2%, menurut Jabatan Perangkaan.

“Dari segi pengeluaran, pertumbuhan negatif direkodkan oleh semua sektor kecuali sektor pertanian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Dari segi permintaan, semua komponen permintaan akhir menyusut kecuali perbelanjaan penggunaan akhir kerajaan.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here