PETALING JAYA,26 Ogos: Polis menahan 81 individu atas kesalahan ingkar arahan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP), kata Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, daripada jumlah itu seramai 59 individu dikompaun manakala 22 direman.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk gagal menyediakan peralatan atau catatan keluar masuk pelanggan (31), tidak memakai pelitup muka (16), aktiviti dengan melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal (24), premis beroperasi lebih masa (4), serta tangkapan pendatang asing tanpa izin (6),” katanya dalam kenyataan hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here