BEIJING, 8 Dis — Jumlah import dan eksport perdagangan China merekodkan US$460.72 bilion dalam 11 bulan pertama tahun ini, meningkat 13.6 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Menurut data terkini yang diumumkan Jabatan Pentadbiran Kastam China pada Isnin, jumlah eksport mencatat US$268.07 bilion, peningkatan 21.2 peratus  manakala import mencapai US$192.65 bilion, pertambahan sebanyak 4.5 peratus.

Dalam tempoh itu, perdagangan luar China berupaya merekodkan pertumbuhan positif disebabkan kejayaan membendung penularan wabak COVID-19 di samping memulihkan kegiatan pengeluaran.

Selain itu, terdapat peningkatan permintaan dari negara-negara luar khususnya bagi peralatan serta barangan untuk kegunaan membendung wabak.

Pada masa sama kerajaan China turut melaksanakan beberapa siri dasar dan tindakan demi membantu syarikat perdagangan luar menangani masalah yang dihadapi.

Selain itu, penubuhan zon rintis e-dagang rentas sempadan, transformasi perdagangan pemprosesan dan pameran secara maya turut membantu merangsang pemulihan perdagangan luar Beijing.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here