KUALA LUMPUR, 19 Dis — AirAsia hari ini memulakan perkhidmatan bagi laluan baharu iaitu menghubungkan di antara Kota Bharu, Kelantan dengan Langkawi, Kedah menerusi penerbangan sulung AK6289 yang tiba di Langkawi mengikut jadual dan membawa jumlah penumpang sebanyak 80 peratus.

Menerusi kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Komersial airasia.com, Amanda Woo berkata jumlah penumpang itu membuktikan Langkawi ialah sebuah destinasi percutian yang popular, dan pihaknya berharap dapat menyambut para penumpang di laluan baharu AirAsia yang lain tidak lama lagi.

“Usaha pemulihan pelancongan domestik adalah kerjasama daripada semua pemain industri.

“AirAsia komited untuk mengembangkan hubungan domestik dengan tambang rendah dan meningkatkan prosedur kebersihan dan kesihatan yang ketat untuk menawarkan pengalaman perjalanan yang diyakini oleh semua orang,” katanya.

Menurut AirAsia, selain penerbangan hari ini, ia juga akan memulakan perkhidmatan bagi tiga laluan baharu minggu depan iaitu Pulau Pinang-Kiota Bharu; dan Johor Bahru-Kota Bharu pada 22 Dis serta Ipoh-Langkawi pada 23 Dis.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi, Dr Hezri Adnan berkata pihaknya menghargai usaha AirAsia yang menjadikan Langkawi sebagai destinasi utama dari dua bandar di Semenanjung Malaysia.

Beliau berkata pembukaan hubungan antara Langkawi dan pasaran pelancongan baharu menjadikan usaha tersebut sebagai pembuka tirai yang sangat baik bagi 2021.

“Pandemik COVID-19 telah memberikan cabaran kepada semua. Kini tiba masanya untuk anda bersantai di Langkawi, destinasi pulau nombor satu di Malaysia.

“Selain itu, para pelancong juga boleh menikmati Jualan Hebat Langkawi yang menawarkan pelbagai diskaun. Kami berharap semua orang mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) kesihatan untuk memastikan perjalanan yang selamat,” katanya menerusi kenyataan yang sama.

AirAsia kini menawarkan tambang rendah bermula RM21 sehala bagi laluan baharu domestik dan destinasi domestik yang lain.

Tempahan boleh dibuat menerusi airasia.com dan aplikasi bermula 21 Dis, 2020 hingga 3 Jan, 2021 untuk tempoh penerbangan di antara 28 Dis, 2020 dengan 30 Jun, 2021.

Semua tempahan penerbangan yang dibuat sekarang dan shingga 31 Dis, 2020 dengan tempoh perjalanan dari sekarang hingga 31 Mac, 2021 boleh membuat perubahan tarikh perjalanan tanpa had dan tanpa bayaran tambahan untuk pertukaran penerbangan melalui pautan Tempahan Saya.

Ikuti airasia di Twitter (twitter.com/airasia), Facebook (facebook.com/airasia) dan Instagram (instagram.com/airasia) untuk mendapatkan berita, aktiviti dan promosi terkini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here