BEIJING, 23 Dis — Pentadbiran Warisan Budaya Negara China (SACH) memaklumkan negara itu akan mengutamakan usaha pengumpulan salinan digital barangan warisan budaya Dunhuang yang hilang di luar negara untuk tahun 2021.

Pengarahnya,  Liu Yuzhu pada Mesyuarat Pengarah Warisan Budaya China di sini, Selasa berkata tahun ini China mencapai kemajuan penting dalam usaha pencarian dan pengembalian barangan warisan budaya yang hilang di luar negara menerusi pemerkasaan kerjasama antarabangsa.

Untuk rekod, China telah menjalankan kerjasama antarabangsa dalam bidang membaik pulih bahan artifak dan melancarkan program pertukaran muzium sehingga berjaya mengembalikan beberapa barangan warisan berharga termasuk patung kepala kuda yang dirampas dari Yuanmingyuan Park.  

Setakat ini, China sudah memeterai perjanjian dua hala dengan 23 buah negara untuk mencegah aktiviti pencurian, pencarigalian dan import eksport aset budaya secara haram.

Katanya, lebih 1,300 barangan warisan berjaya dipulangkan kepada negara itu oleh Amerika Syarikat, Britain, Itali, Jepun, Turki dan Mesir.

Dalam perkembangan lain, Liu berkata, China akan melaksana pelbagai langkah pada 2021, termasuk meningkatkan pemantauan terhadap pasaran artifak purba antarabangsa, mendorong usaha penyiasatan bahan artifak yang hilang dan penyusunan data-data dan sumber berkenaan.

Di samping itu Hari Membanteras Aktiviti Penyeludupan Aset Budaya Antarabangsa turut dirancang agar lebih banyak barangan warisan budaya China dapat dikembalikan. 

Jelas beliau, pada tahun depan kerja-kerja permohonan status Warisan Dunia UNESCO untuk peninggalan China juga akan terus diperkasakan selain meningkatkan pemantauan dan pengendalian rutin terhadap warisan budaya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here