WASHINGTON, 21 Jan– Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dalam ucapan sulungnya pada Rabu berkata AS akan memulihkan hubungan dengan sekutunya dan kembali melibatkan diri dengan dunia, lapor Agensi Berita Sputnik.

“Kami akan pulihkan hubungan dengan sekutu kami dan sekali lagi melibatkan diri dengan dunia bukan untuk mengharungi cabaran semalam tetapi cabaran hari ini dan akan datang.

“Kita akan memimpin bukan hanya sekadar teladan menggunakan kekuatan, tetapi daripada kekuatan teladan yang ditunjukkan,” kata Biden.

Biden turut berikrar untuk menjadi penyokong kuat dan boleh diharapkan untuk keamanan, kemajuan dan keselamatan.

Sejurus sebelum berucap, Biden mengangkat sumpah di depan Ketua Hakim Mahkamah Agung, John Roberts.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here