KUALA LUMPUR, 19 April — Program Peningkatan Industri Strategik dan PKS Berprestasi Tinggi (Prestige) dalam Industri Rel (RIDP) dijangka dapat meningkatkan peratusan kandungan tempatan sekurang-kurangnya 45 peratus dalam beberapa komponen industri rel yang telah dikenal pasti menjelang 2030.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata menerusi program ini pemain industri tempatan akan dikenal pasti mengikut kluster kepakaran masing-masing dan diberi peluang pemindahan teknologi bersama Pengeluar Peralatan Tulen (OEM).

Selain itu, katanya, program itu juga dapat meningkatkan keupayaan dan kebolehpasaran industri.

“Mereka juga akan dipadankan dengan syarikat utama bagi memastikan syarikat-syarikat tempatan mempunyai peluang untuk meningkatkan kapasiti dan terus berdaya saing,” katanya pada majlis pelancaran program RIDP, di sini, hari ini. 

Turut hadir ialah Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi ( MEDAC) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here