KUALA LUMPUR, 9 Jun — Standard Chartered Malaysia dan Standard Chartered Saadiq Malaysia akan melanjutkan sokongan kewangan kepada pelanggan yang terjejas menerusi program Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bersasar (TRA).

Dalam satu kenyataan hari ini, ia berkata program itu akan membolehkan individu dan perniagaan yang terjejas memilih alternatif pembayaran balik yang fleksibel serta lanjutan ke atas pinjaman dan pembiayaan mereka dengan bank.

“Memenuhi segmen pelanggan yang berbeza, program TRA meliputi bantuan kewangan yang terdiri daripada pembiayaan peribadi, gadai janji kediaman dan harta komersial, pinjaman perniagaan untuk  kemudahan pembiayaan perniagaan ,” katanya. 

Bank itu berkata kelayakan untuk program itu termasuk individu yang mengalami kehilangan pekerjaan atau pengurangan pendapatan, penerima Bantuan Sara Hidup atau Bantuan Prihatin Rakyat yang berdaftar, syarikat mikro dan perniagaan yang tidak dibenarkan beroperasi semasa Sekatan Pergerakan Penuh.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Standard Chartered Malaysia Abrar A. Anwar berkata  pihaknya menerapkan pendekatan yang fleksibel, namun menjurus dan menyesuaikan pelanggan dengan situasi pemulihan mereka yang lebih berdaya tahan dan mampan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here