KUALA LUMPUR, 26 Nov — Dalam mengadakan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL), Malaysia menumpukan pada negara jiran terdekat buat masa ini sebelum perluaskannya kepada negara lain, kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.

Oleh itu buat masa ini kerajaan sedang berusaha melancarkan VTL dengan negara jiran Singapura dan Indonesia dengan pelancaran VTL bersama Singapura bakal diadakan 29 Nov depan, katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis penutup Sesi Pemukiman Sidang Kemuncak Asia-Eropah (ASEM) ke-13 yang diadakan secara maya, hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis berkata Malaysia ketika ini bekerjasama dengan beberapa rakan ASEM seperti Singapura dan Indonesia untuk melaksanakan VTL.

Ismail Sabri berkata beliau berharap penyambungan semula pergerakan penduduk antara negara akan membantu meningkatkan ekonomi, menghidupkan semula mata pencarian dan menyambung kembali hubungan silaturrahim.  

Mengulas mengenai sesi intervensi Ismail Sabri di permukiman ASEM hari ini, Saifuddin berkata perdana menteri mengulangi komitmen Malaysia terhadap ‘peaceful coexistence’ (kewujudan bersama secara aman) dan menegakkan apa yang dipanggil multilateralisme.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here