BEIJING, 5 Jan  — Presiden China, Xi Jinping menyifatkan persiapan Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 kini berada dalam fasa “akhir”.

Beliau berkata demikian pada Selasa ketika melakukan tinjauan di beberapa lokasi temasya termasuk Gelanggang Luncur Laju Kebangsaan, pusat media utama, Perkampungan Olimpik, pusat operasi serta Pangkalan Latihan Projek Ais dan Salji Erqichang.

Xi turut beramah mesra dengan atlet, jurulatih, pekerja, ahli perkhidmatan, penyelidik, wartawan dan sukarelawan sambil mengucapkan selamat tahun baharu kepada mereka.

Difahamkan, kesemua 12  lokasi pertandingan telah siap dibina dan memenuhi syarat pertandingan, manakala kawasan bukan pertandingan seperti tiga Perkampungan Olimpik dan pusat media utama telah mula beroperasi.

Pada 5 Oktober hingga penghujung Disember 2021, lapan gelanggang itu telah menganjurkan 10 acara antarabangsa berturut-turut,  selain menjadi tempat latihan antarabangsa selama tiga minggu dan perlawanan kepada dua acara ujian domestik.

Penyelaras Residen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di China, Siddharth Chatterjee menyatakan, Sukan Olimpik Musim Sejuk dilihat memberi sinar harapan dan perpaduan meski berdepan impak pandemik COVID-19 yang masih berlanjutan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here