KUALA LUMPUR, 11 Jun — Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan rasa bangga dengan semangat juang yang ditunjukkan para pemain Harimau Malaya pada perlawanan menentang Bahrain malam ini. 

Menerusi catatan di Facebook, beliau berkata kalah menang itu adat pertandingan dan skuad kendalian Kim Pan Gon perlu terus berjuang untuk perlawanan seterusnya.  

“Buat para pemain, ini bukan pengakhiran tetapi peluang untuk kita buat lebih baik selepas ini. Ayuh bangkit!” katanya.

Terdahulu, skuad kebangsaan tewas tipis kepada Bahrain 1-2 pada aksi kedua Kumpulan E saingan Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here