BEIJING, 21 Julai —  ‘Wenhai-1’, robot kawalan jauh yang dibangunkan untuk kegunaan ekspedisi saintifik di laut yang mampu berada di dalam air sedalam 6,000 meter telah pun lulus ujian yang ditetapkan.

Robot yang dibangunkan oleh Institut Automasi Shenyang Akademi Sains China (CAS) akan diserahkan kepada pengguna.

 ‘Wenhai-1’ merupakan peralatan marin berteknologi tinggi bersepadu yang khusus dibangunkan untuk keperluan ekspedisi saintifik di laut.

Ia mempunyai fungsi pengesanan pelayaran autonomi berskala besar dan melakukan pensampelan pada titik yang tetap melalui kawalan jauh.

‘Wenhai-1’ telah menyelesaikan 17 misi di dalam laut, selain boleh bertukar secara fleksibel antara tiga mod kerja untuk menyelesaikan tugas ujian dan penyelidikan saintifik dengan cekap berdasarkan keperluan misi yang berbeza.

Sebagai kapal selam tanpa pemandu kawalan jauh pertama China untuk penggunaan kejuruteraan secara kendiri, ia akan digunakan oleh kapal ‘Ocean Geology No. 9’ dari Qingdao Institute of Marine Geology dan menjalankan misi meninjau keadaan, biodiversiti, ekspedisi saintifik dan sumber mineral di laut. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here