KUALA LUMPUR, 26 Julai — Ekspo dan Sidang Kemuncak Agrikomoditi Antarabangsa Malaysia (MIACES) 2022 akan menjadi platform untuk menangkis dakwaan seperti buruh paksa dan isu kemampanan dalam sektor agrikomoditi.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin berkata kerajaan akan memastikan syarikat dan kementerian dalam sektor agrikomoditi menjaga kebajikan pekerja dalam sektor perladangan selain akur kepada isu kemampanan seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara (DAKN) 2021-2030.

“Walaupun produk agrikomoditi kita mendapat sambutan yang memberangsangkan di pasaran global, kementerian masih lagi menghadapi cabaran seperti tuduhan buruh paksa dan isu kemampanan daripada pihak-pihak tertentu. 

“Tuduhan-tuduhan ini adalah tidak berasas kerana beberapa faktor tidak diambil kira dan tiada penyiasatan yang terperinci sebelum tindakan dikenakan terhadap syarikat atau produk-produk agrikomoditi keluaran Malaysia,” katanya dalam ucapan pembukaan ketika majlis perasmian MIACES 2022 di sini hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here