KUALA LUMPUR, 31 Julai — Empat lagi kematian akibat COVID-19 direkodkan di seluruh negara semalam, dengan angka jangkitan harian 4,271 termasuk kes tiga kes import berbanding 4,860 kes harian sebelumnya. 

Daripada jumlah kematian itu, empat kes korban baharu direkodkan masing-masing dari Melaka, Terengganu, Sabah, dan Perak. 

Laman sesawang COVIDNOW, melaporkan 1,286 kes aktif dengan 96.8 peratus daripada 47,014 kes aktif sedang menjalani kuarantin di rumah. 

Seramai 34 pesakit dicatatkan memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) manakala 62 pesakit kini berada di unit rawatan rapi (ICU). 

Jumlah pesakit yang dimasukkan ke wad adalah seramai 514 setakat semalam. 

Kedah terus mencatatkan jumlah pesakit yang berada di ICU tertinggi dengan 78.9 peratus diikuti, Selangor (77.9 peratus), Johor (75 peratus); Lembah Klang (74.9 peratus); Labuan (71.4 peratus); Kelantan (70.3 peratus); Putrajaya (70 peratus); Kuala Lumpur (67.4 peratus); Sabah (65.9 peratus); Negeri Sembilan (65.3 peratus); Perak (59.4 peratus);Melaka (56.1 peratus);Pahang (55.4 peratus) danSarawak (52.1 peratus). 

Sementara itu, tiga negeri mencatatkan penggunaan katil ICU di bawah 50 peratus iaitu Pulau Pinang dengan 47.5 peratus, Terengganu (45.2 peratus) dan Perlis (36.8 peratus).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here