KUALA LUMPUR, 19 Dis — Sempena cuti sekolah dan sambutan Krismas, Pusat Borong GM Klang (GM Klang) mengambil peluang menganjurkan beberapa acara menerusi kempen GM Klang Kiddos Zone Party 2022 khusus untuk kanak-kanak.

Pengurus Komunikasi Jenama GM Klang Norsuhaida Othman berkata kempen berkenaan adalah penganjuran kali kedua bertemakan kanak-kanak yang bermula sejak 10 Dis lepas dan akan berlangsung selama tiga minggu.

“Ia amat sinonim sekali dengan GM Klang sendiri yang popular dengan pelbagai produk kanak-kanak dan bayi terutamanya permainan dan fesyen dan aksesori kanak-kanak.

“Selain ibu bapa dapat mencari dan membelikan produk-produk berkenaan untuk anak-anak, mereka juga dapat berhibur menerusi aktiviti menarik yang telah kami sediakan untuk tiga minggu ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Norsuhaida berkata kempen itu juga akan memperkenalkan pelbagai pemborong produk kanak-kanak terpilih di GM Klang melalui aktiviti Shop & Be Suprised!.

Melalui aktiviti ini pengunjung berpeluang menyertai peraduan sekiranya berbelanja RM100 atau ke atas dalam satu resit di kedai-kedai terpilih, seterusnya dapat memilih sendiri hadiah Krismas disediakan khususnya produk kanak-kanak.

GM Klang Kiddos Zone Party 2022 turut menganjurkan aktiviti menarik lain antaranya pertandingan GM Kids Got Talent dan pertandingan GM Kids Cosplay, pada 24 dan 25 Dis ini.

Selain itu, GM Klang turut akan menampilkan maskot istimewanya iaitu Gina dan Mat yang akan muncul bersama beberapa karakter animasi popular seperti Buzz Lightyear, Ninja Turtle dan Baby Shark bagi memeriahkan acara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here