PUTRAJAYA, 2 Feb — Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Majlis Penyelarasan ASEAN (ACC) ke-32 dan Sesi Pemukiman Menteri-menteri Luar ASEAN (AMM) yang akan diadakan di Jakarta, Indonesia dari 3 hingga 4 Februari.

Indonesia merupakan Pengerusi ASEAN bagi tahun 2023 dengan tema “ASEAN Matters: Epicentrum of Growth”.

Antara isu yang akan dibincangkan oleh menteri-menteri luar ASEAN mengenai pelaksanaan serta tindakan susulan terhadap keputusan yang telah dicapai pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-40 dan ke-41 pada November 2022.

Ia termasuk pelaksanaan Konsensus Lima Perkara, permohonan Timor-Leste untuk menjadi negara anggota ASEAN, kapasiti dan keberkesanan institusi ASEAN, hubungan luar serta pertukaran pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.

“ACC ke-32 dan AMM ini akan memberi peluang terbaik untuk Malaysia dan negara anggota ASEAN yang lain bagi mengukuhkan lagi usaha ASEAN ke arah membina Komuniti yang inklusif, mampan dan berdaya tahan berlatarkan cabaran geopolitik, tekanan inflasi serta krisis makanan dan tenaga,” menurut Wisma Putra.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here