Presiden Iran, Ebrahim Raisi menadatangani perintah semalam untuk meratifikasi permohonan negaranya menganggotai Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) semalam.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan melalui laman sesawang Presiden Iran, Ebrahim Raisi sudah menugaskan Kementerian Luar Iran menguatkuasakan undang-undang terbabit. Kenyataan itu berbunyi juga bahawa keanggotaan Iran dalam SCO kondusif bagi peningkatan keberkesanan dalam pemeliharaan kepentingan negaranya dalam bidang berkenaan memandangkan SCO bertindak aktif dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi. Selain itu, dengan adanya keanggotaan SCO, Iran akan menjadi lebih mudah dalam menyertai pembinaan di bawah kerangka Inisiatif “Jalur dan Laluan” (BRI).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here