SEOUL, 23 Feb – Korea Selatan akan menyediakan lebih banyak insentif kepada ahli perniagaan asing yang melabur dalam industri mewah serta memainkan peranan penting dalam rantaian bekalan, susulan negara itu menyasarkan untuk menarik lebih banyak pelaburan di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi.

Menteri Perdagangan Ahn Duk-geun mengeluarkan kenyataan itu menjelang pertemuannya dengan ahli perniagaan asing pada Khamis dan merancang untuk berkongsi visi negaranya menjadi “hab inovasi global”, lapor Agensi Berita Yonhap.

“Kami merancang untuk menyokong aktiviti perniagaan asing yang telah membuat pelaburan di sini dengan mempercayai Korea Selatan.

“Korea Selatan juga akan mengambil tindakan lebih proaktif merombak langkah sokongan dan menambah baik persekitaran pelaburan bagi terus menyokong pelaburan asing yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara,” katanya.

Sementara itu, pelabur asing berjanji akan melabur US$30.45 bilion pada 2022, meningkat 3.2 peratus daripada tahun sebelumnya, menurut data Kementerian Perdagangan, Industri dan Tenaga. Rekod tertinggi sebelum ini berjumlah US$29.51 bilion pada 2021.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here