KUALA LUMPUR, 6 Mac — Kementerian Pendidikan (KPM) menjelaskan proses mula pembinaan sebuah sekolah di kawasan yang sudah dikenal pasti memerlukan masa lebih lima hingga 10 tahun kerana perlu melalui beberapa prosedur ditetapkan.

Timbalan Menterinya, Lim Hui Ying, berkata masa yang agak lama diperlukan kerana kementerian berdepan masalah antaranya membabitkan urusan pemilikan dan penyerahan tanah sebelum projek itu dapat dimulakan.

“Berkenaan garis panduan pembinaan (sekolah) dari segi infrastuktur dan selainnya, pada masa ini kami belum lagi memulakan kajian tetapi kami akan mengkaji semula, kita hendak singkatkan masa (pembinaan).

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Rodziah Ismail (PH-Ampang) yang mencadangkan agar KPM meneliti semula garis panduan untuk pembinaan sekolah supaya ia tidak memerlukan masa lama untuk disiapkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here