KUALA LUMPUR, 8 Mac – Gerakan Mahasiswa hari ini menyerahkan memorandum kepada Ahli Parlimen blok kerajaan bagi menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971, bagi memperkasakan peranan golongan mahasiswa.

Memorandum itu diserahkan Timbalan Setiausaha Agung Kesatuan Mahasiswa Univerisiti Malaya V. Dhurgesswaran kepada Ahli Parlimen Raub Chow Yu Hui, di bangunan Parlimen hari ini.

“Sudah sampai waktunya untuk kita perkenalkan akta baharu, menggantikan AUKU sebagai asas dan kerangka kepada aktivisme mahasiswa yang lebih progresif, adil, seimbang dan lestari selari dengan transformasi di negara kita,” katanya.

Sesi penyerahan memorandum itu dihadiri Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii Lee Wuen, Ahli Parlimen Gopeng Tan Kar Hing, Ahli Parlimen Bentong Young Syefura Othman, Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man dan Ahli Parlimen Sungai Petani Dr Mohammed Taufiq Johari.

Memorandum itu melibatkan wakil mahasiswa dari 12 IPT tempatan antaranya Kesatuan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa (IIUM Student Union), Suara Siswa Universiti Malaya, Suara Siswa Universiti Utara Malaysia, Demokrat UniSZA dan Universiti Tunku Abdul Rahman Student Representative Council (UTAR SRC).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here