SEREMBAN, 8 Mac – Negeri Sembilan merekodkan 580 kes denggi iaitu peningkatan sebanyak 194.4 peratus bagi tempoh Januari hingga 4 Mac lepas berbanding 197 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri S.Veerapan berkata Seremban mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 470 kes, Jempol (45), Port Dickson dan Tampin masing-masing 19 kes, Jelebu (15), Rembau (7) dan Kuala Pilah (5).

“Sebanyak 88 kes direkodkan di seluruh negeri untuk minggu kesembilan iaitu dari 26 Feb hingga 4 Mac. Tiada kes kematian dilaporkan pada minggu semasa, menjadikan kumulatif kematian akibat denggi sebanyak satu kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan, jumlah lokaliti wabak yang masih aktif ialah 15 lokaliti iaitu 13 di Seremban dan dua di Jempol.

Beliau menasihatkan masyarakat supaya membersihkan kawasan masing-masing selama 10 minit setiap minggu dengan menghapuskan tempat atau bekas yang berpotensi sebagai tempat pembiakan nyamuk Aedes sekali gus dapat mengekang penularan demam denggi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here