NEW YORK, 6 April – Anak saudara kepada bekas Presiden Amerika Syarikat John F. Kennedy, Robert F. Kennedy Jr, mengumumkan hasratnya untuk turut serta dalam pilihan raya presiden AS 2024.

Kennedy mengemukakan permohonan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Persekutuan untuk bertanding jawatan presiden atas tiket Demokrat.

Dikenali sebagai aktivis antivaksin, Kennedy telah menjadi Demokrat kedua yang menyertai perlumbaan untuk merebut jawatan itu dan mencabar Presiden Joe Biden.

Bekas Presiden Donald Trump, bekas Duta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Nikki Haley, bekas Gabenor Arkansas Asa Hutchinson dan usahawan jutawan Vivek Ramaswamy antara calon daripada Republikan yang akan turut bersaing.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here