KAMPALA, 17 April – Ribuan penduduk mengambil bahagian dalam maraton pada Ahad di Kampala, ibu negara Uganda, bagi mempromosi kesedaran HIV/AIDS ketika negara itu berusaha menangani wabak itu menjelang 2030.

Maraton yang dikenali sebagai Larian Hari Lahir Kabaka itu bertema “Perjuangan untuk Mengakhiri HIV/AIDS menjelang 2030”,  menarik tajaan daripada kerajaan, dunia korporat, pemimpin budaya dan pelbagai individu daripada industri hiburan.

Kabaka (Raja) Ronald Muwenda Mutebi dari Buganda, sebuah kerajaan berperlembagaan di Uganda zaman moden, melepaskan larian di Mengo, Kampala, sempena meraikan ulang tahun kelahirnnya yang ke-68.

Marathon itu membabitkan kategori 21km, 10km dan 5km.

Dalam perutusannya, Mutebi berkata perang menentang HIV/AIDS sangat penting.

“Kami mahu rakyat terus hidup dan menjaga saudara-mara yang menghidap penyakit ini.”

“Saya telah dimaklumkan bahawa maraton ini adalah antara larian paling berprestij di seluruh dunia. Saya merayu kepada anda untuk melonjak ke depan dalam usaha memerangi HIV/AIDS,” katanya.

Pada majlis itu, Emmanuel Ainebyoona, jurucakap Kementerian Kesihatan berkata Uganda telah mengambil langkah besar dalam memerangi HIV, dan maraton itu penting dalam mewujudkan kesedaran mengenainya.

“Sebagai sebuah kementerian, kami memuji penganjur atas kesedaran yang disampaikan kepada ribuan peserta, dan mesej mengenai pencegahan, ujian dan pematuhan sangat penting,”kata Ainebyoona.

Beliau berkata Uganda telah mengurangkan jumlah mereka yang menghidap AIDS serta jangkitan baharu setiap tahun selain memastikan mereka yang dijangkiti virus itu didaftarkan untuk rawatan bagi mencapai matlamat pembangunan mampan Menamatkan AIDS menjelang 2030.

Edwin Katamba yang lebih dikenali sebagai MC Kats, seorang deejay tempatan yang hidup dengan HIV, menyeru agar stigma ke atas pesakit AIDS dihentikan.

Edwin Katamba, popularly known as MC Kats, a local deejay who is living with HIV, called for an end to stigmatisation.

“Biarlah orang ramai mengambil ubat mereka secara aman. Jangan menuding jari ke arah mereka. Bagi mereka yang telah dijangkiti virus itu, nasihat saya supaya keluar dengan berani dan mendaftar untuk mendapatkan ubat itu jika anda ingin hidup lebih lama,” katanya.

Beliau turut menyeru mereka yang positif supaya mengelak tabiat sengaja menjangkiti orang lain.

He also called upon those who are living positively to avoid the habit of intentionally infecting others.

Menurut Suruhanjaya AIDS Uganda, sebuah institusi yang dikendalikan oleh kerajaan, sekurang-kurangnya 1.4 juta orang di Uganda hidup dengan HIV/AIDS dan daripada jumlah ini 1.3 juta sedang menjalani rawatan.

Sehingga 2021, kementerian kesihatan negara itu meletakkan kadar bilangan yang dijangkiti HIV/AIDS pada 5.3 peratus dalam kalangan orang dewasa berumur 15 hingga 49 tahun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here