BEIJING, 22 April – Presiden China Xi Jinping menegaskan bahawa usaha harus diperkasakan untuk menjunjung tinggi prinsip asas, mempertahankan integreti dan mengadakan inovasi, bertindak bersungguh-sungguh agar menulis bab baharu bagi pembaharuan dan pintu terbuka dalam perjalanan baharu.

Xi, yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China Xi Jinping berkata demikian dalam sidang pertama Jawatankuasa Memperdalam Pembaharuan Secara Komprehensif Jawatankuasa Pusat ke-20 PKC pada petang Jumaat.

Beliau berkata, tahun ini merupakan tahun pertama pelaksanaan semangat Kongres Kebangsaan ke-20 PKC secara menyeluruh, ulang tahun ke-45 pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka, dan ulang tahun ke-10 sidang pleno ke-3 Jawatankuasa Puast ke-18 PKC.

Untuk mencapai sasaran dan matlamat dalam perjalanan baharu pada era baharu, pemerkasaan pembaharuan secara komprehensif harus dijadikan sebagai penggerak asas bagi modenisasi ala China, ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here