KUALA LUMPUR, 9 Mei – Kerajaan tidak akan menutup operasi kilang Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas), sebaliknya syarikat itu cuma tidak dibenarkan menjalankan aktiviti ‘cracking dan leaching’ (C&L) di negara ini selepas 31 Disember, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Chang Lih Kang.

Beliau berkata keputusan melanjutkan tempoh kilang untuk menjalankan aktiviti C&L untuk enam bulan lagi adalah bagi mengelak ia menjejaskan rantaian bekalan nadir bumi di peringkat global.

Katanya lanjutan itu juga bagi memberi masa kepada Lynas untuk menyiapkan loji C&L syarikat itu di Australia yang masih dalam pembinaan.   

“Loji mereka di Kalgoorlie, Australia Barat hampir siap serta lanjutan tempoh ini mengambil kira sekiranya mereka tidak dapat siap (loji) sebelum Julai,” katanya.

Sebelum ini, MOSTI memaklumkan rayuan Lynas untuk menggugurkan empat syarat lesen yang ditetapkan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) ditolak selepas satu sesi pendengaran diadakan pada 28 April lalu bagi mendengar rayuan Lynas berhubung keputusan itu.

Ahad lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa kerajaan telah memberi Lynas tempoh lanjutan enam bulan untuk membolehkan syarikat itu memenuhi syarat pelesenan beroperasi di negara ini.

Mengenai  Program NGO@Makerthon itu, Chang berkata ia bertujuan membantu meningkatkan taraf sosioekonomi 20 komuniti Projek Perumahan Rakyat (PPR) dengan memperkasa pengetahuan Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE) di kalangan mereka secara berterusan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here