WASHINGTON, 18 Jun – Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken akan berkunjung ke Beijing pada 18-19 Jun bagi mengadakan pertemuan dengan beberapa pegawai penting China dalam usaha menyambung semula dialog yang terhenti selepas insiden belon pengintip.

Lawatan itu berlangsung di tengah-tengah ketegangan yang berterusan membabitkan hubungan bilateral, termasuk sekatan Amerika Syarikat untuk menghadkan eksport teknologi ke China, serta sokongan ketenteraan Washington kepada Taiwan, yang tidak dapat diterima oleh Beijing.

Ini akan menjadi kunjungan pertama Blinken ke China dan juga lawatan pertama Setiausaha Negara Amerika Syarikat ke Beijing sejak 2018.

Kerajaan Biden mengambil masa hampir enam bulan untuk menjadualkan semula lawatan ini yang sepatutnya berlangsung pada Februari lalu.

Bagaimanapun, masih belum jelas sama ada Blinken akan bertemu dengan Presiden China, Xi Jinping atau tidak.

Ketika lawatan itu, beliau berharap dapat mengadakan dialog antara negara-negara terbabit yang telah dimulakan oleh Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dan Xi semasa pertemuan mereka di Bali, Indonesia tahun lalu.

Beliau berharap komunikasi terbuka antara kedua-dua negara untuk mengurus hubungan secara bertanggungjawab, termasuk membincangkan cabaran, menangani persepsi yang salah.

Beliau juga merancang untuk memajukan kepentingan dan nilai Amerika Syarikat, termasuk bercakap secara langsung dan jujur tentang “kebimbangan” mengenai pelbagai isu.

Blinken berharap untuk meneroka potensi kerjasama dalam menghadapi cabaran antara Amerika Syarikat dan China, termasuk kestabilan ekonomi global, dadah sintetik haram, iklim, dan kesihatan global.

Isu mengenai Ukraine juga dijangka menjadi fokus perbincangan di China.

Selepas lawatan ke Beijing, Blinken akan berlepas ke United Kingdom, dan mengambil bahagian dalam Konferens Pemulihan Ukraine antarabangsa yang akan berlangsung pada 21-22 Jun di London.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here