ATHENS, 18 Julai – Anggota bomba berjaya mengawal sebahagian kebakaran yang berlaku di sekitar Athens pada Selasa.

Menurut jurucakap bomba, sebanyak 23 pesawat dan helikopter pemadam kebakaran dikerah untuk memadam kebakaran pada pagi Selasa.

Dua kebakaran yang berlaku kira-kira 10 dan 80 kilometer di barat Athens pada Isnin masih menimbulkan kebimbangan.

Pasukan kecemasan dari kawasan lain di Greece telah dikerah ke Athens bagi menghulurkan membantu, lapor radio negara.

Ini adalah kebakaran hutan besar pertama di Greece tahun ini.

Jabatan Pertahanan Awam telah mengeluarkan amaran pada hujung minggu bahawa suhu melebihi 40 darjah Celsius berlanjutan selama beberapa hari, boleh mencetuskan kebakaran hutan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here