Sebagai negara besar dengan populasi 1.4 bilion orang, China memikul tanggungjawab dan misi yang penting, dan banyak negara berharap China memainkan peranan lebih besar dalam pembangunan global.

Demikian ujar Presiden Algeria, Abdelmadjid Tebboune dalam temu bual eksklusif bersama Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini.

Menurut Tebboune, China sedang mengorak langkah ke arah mewujudkan pembangunan lebih cemerlang di bawah pimpinan Presiden Xi Jinping.

Beliau menzahirkan kesediaan untuk bergaul dengan China, dan menganggap China sentiasa menghormati negara lain dan tidak mengamalkan paksaan politik.

“Dalam pergaulan dengan negara lain, China sentiasa menjunjung kesamarataan antara negara besar dan negara kecil.

“China tidak pernah memaksa pihak lain mengikut kemahuan politiknya, dan tidak mengemukakan sebarang syarat politik dalam perhubungan antarabangsa,” kata beliau.

Tebboune berharap supaya kedua-dua negara terus memperkasa kerjasama menyeluruh, bukan sahaja melibatkan ekonomi dan perdagangan, tetapi juga merangkumi bidang seperti pendidikan asas, perubatan, latihan, penerokaan sumber mineral dan lain-lain.

Tambah beliau, Algeria berhasrat bekerjasama dengan China untuk membina sebuah landasan kereta api dari selatan ke utara negara itu bagi mempermudah pengangkutan penumpang dan kargo. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here