BEIJING, 2 Ogos — Perkhidmatan rel kargo China-Eropah dari Xiamen merekodkan penghantaran barangan eksport berjumlah 100,009 unit bersamaan dua puluh kaki (TEU), dengan nilai mencecah US$4.5 bilion (RM20.4 bilion) sejak mula beroperasi pada Ogos 2015.

Sebagai rel kargo antarabangsa pertama berlepas dari zon rintis perdagangan bebas, ia mendapat sambutan baik bagi operasi pengangkutan membabitkan lebih 1,000 jenis barangan.

Antara barangan yang dibawa termasuk produk elektronik, mesin, barang kegunaan harian, ubat-ubatan dan kereta tenaga baharu.

Sebagai hasil ikonik Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), perkhidmatan rel kargo yang menghubungkan China dengan Eropah menjadi medium untuk mewujudkan kesalinghubungan antara negara-negara terlibat.

Perkhidmatan pengangkutan dari Xiamen itu turut bersambung dengan laluan kapal kargo ‘Silk Road Shipping’, sekali gus melengkapkan jaringan logistik antarabangsa membabitkan rel dan laut.

Difahamkan, Xiamen juga menjadi tempat transit bagi penghantaran kargo yang dikendalikan beberapa negara Asia Tenggara seperti Thailand, Vietnam dan Indonesia.

Dengan transit di bandar itu, masa pengangkutan kargo dari negara berkenaan ke Eropah dapat dikurangkan kepada 20 hari berbanding lebih 30 hari sebelum ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here