PUTRAJAYA, 13 Ogos – Pakatan Harapan (PH) kekal mentadbir Pulau Pinang apabila memperoleh majoriti melebihi 50 peratus dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung hari ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh dalam sidang media di sini malam ini memaklumkan PH telah memenangi 21 daripada keseluruhan 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan di Pulau Pinang setakat 10.34 malam.

Setakat 4 petang, Pulau Pinang merekodkan peratusan keluar mengundi sebanyak 67 peratus.

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berjaya mempertahankan kerusi Padang Kota untuk penggal keempat berturut-turut dengan memperoleh majoriti 7,116 undi.

Chow, yang juga Ahli Parlimen Batu Kawan, dilaporkan akan dinamakan sebagai calon Ketua Menteri Pulau Pinang jika PH berjaya membentuk kerajaan negeri pada PRN ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada Mei 2018, PH memenangi 37 daripada 40 kerusi DUN untuk membentuk kerajaan negeri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here