BEIJING, 2 Okt – Hari ini merupakan ulang tahun ke-74 tertubuhnya Republik Rakyat China (PRC).

Majalah Qiushi yang diedarkan hari ini menerbitkan artikel oleh Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Presiden China, dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat, Xi Jinping yang bertajuk “Beberapa Hubungan Penting yang Perlu Ditangani dengan Baik dalam Memperkasakan Modenisasi Ala China”.

Beliau mengatakan, modenisasi ala China diperkasakan secara berperingkat dalam pelbagai bidang. Perancangan peringkat atas perlu dijalankan demi mencapai sasaran pembangunan pelbagai peringkat dan strategi pembangunan pelbagai bidang.

Menurut beliau, memperkasakan modenisasi ala China merupakan suatu proses penerokaan dan masih terdapat banyak bidang yang masih belum diketahui. Ini memerlukan penerokaan yang berani dalam praktis dan mendorong pembangunan melalui pembaharuan dan inovasi.

Beliau menekankan bahawa memperkasakan modenisasi ala China memerlukan kebebasan, berdikari dan tetap meletakkan pembangunan nusa dan bangsa di asas kekuatan kita. Selain itu, kita perlu menguasai nasib pembangunan negara di tangan kita sendiri, terus meningkatkan keterbukaan demi memperluas ruang pembangunan modenisasi ala China.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here