HANGZHOU, 6 Okt — Kemunculan robot buatan China di gelanggang Sukan Asia ke-19 di Hangzhou menarik tumpuan orang ramai apabila robot turut digunakan sebagai pemandu pelancong.

Di gelanggang olahraga pula robot anjing berkaki empat mempersembahkan tarian dan juga digunakan untuk membawa cakera. 

Di kampung Sukan Asia, atlet boleh bermain ping pong dengan robot dan mendengar robot memainkan piano. 

Di pusat logistik Sukan Asia Hangzhou, peralatan berteknologi tinggi seperti robot peronda dan peranti boleh pakai memainkan peranan penting dalam memastikan penghantaran barang dijalankan dengan tepat dan efisien. 

Menurut statistik, pendapatan perindustrian robot China pada tahun 2022 melebihi RMB170 bilion, mengekalkan peningkatan dua digit. 

Pada tahun yang sama jumlah pemasangan robot industri di negara ini menduduki lebih daripada 50 peratus pasaran global, menjadikan China kekal sebagai pasaran terbesar di dunia. 

Menurut Pelan Pembangunan Industri Robot Rancangan Lima Tahun Ke-14, menjelang tahun 2025, China akan menjadi sumber inovasi teknologi robot global, pusat pembuatan bertaraf tinggi dan pusat pengaplikasian bersepadu baharu.

Pada awal tahun 2023, 17 jabatan kerajaan termasuk Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat bersama-sama mengeluarkan “Pelan Pelaksanaan Tindakan Aplikasi Robot+”.

Pelan itu menyasarkan kadar penggunaan robot dalam industri pembuatan akan berlipat ganda menjelang 2025 berbanding tahun 2020, serta keupayaan aplikasi untuk robot perkhidmatan dan robot khas juga semakin meningkat. 

Di samping itu,  pelan berkenaan dapat  memberi rangsangan kepada pembangunan industri robot di negara ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here