SINGAPORE, 2 Nov – Perkhidmatan Meteorologi Singapura (MSS) pada Rabu mengumumkan bahawa negara itu merekodkan suhu tertinggi iaitu 36.3 darjah Celsius bagi Oktober, iaitu pada 9 Okt lalu.

Oktober tahun ini menyaksikan suhu maksimum harian melebihi 34 darjah Celsius selama 25 hari.

Pada 9 Oktober, suhu melebihi 35 darjah Celsius direkodkan di beberapa bahagian, dengan 36.3 darjah Celsius dicatat di utara Singapura, menurut MSS.

Ini merupakan suhu tertinggi yang pernah direkodkan di Singapura pada Oktober, memecah rekod sebelum ini iaitu 35.7 darjah Celsius pada 14 Okt 2001 dan 13 Okt 2019.

Sementara itu, jerebu yang melanda negara itu pada 7 dan 8 Okt kini beransur pulih susulan lebih banyak hujan dicatat pada akhir Oktober, menurut MSS.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here