PUTRAJAYA, 2 Dis – Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir akan melakukan lawatan kerja ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dari 1 hingga 2 Dis sempena Persidangan ke-28 Pihak-Pihak Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (COP28).

Semasa lawatan itu, beliau akan menghadiri perasmian Pavilion Malaysia dan majlis pertukaran dokumen melibatkan syarikat Malaysia dan rakan perniagaan yang akan disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di luar persidangan COP28.

“Zambry juga dijadual menghadiri Sidang Kemuncak G77 dan Pemimpin China mengenai Perubahan Iklim bersama Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim,” menurut kenyataan kementerian luar.

Semasa di Dubai,  Zambry juga akan bertemu rakan sejawatannya dari Brazil dan Ghana untuk bertukar-tukar pandangan mengenai isu dua hala, serantau dan global yang mempunyai kepentingan bersama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here