BEIJING, 21 Feb – Majlis pecah tanah Jambatan Prek Talong yang melintasi Sungai Bassac diadakan di Phnom Penh, Kemboja pada Isnin, dihadiri Perdana Menteri Kemboja Hun Manet dan Duta China Wang Wentian.

Pembinaan jambatan itu akan dijalankan oleh perusahaan China. 

Hun Manet ketika berucap pada majlis itu menzahirkan penghargaan kepada China yang membantu Kemboja mengembangkan sosioekonomi, terutamanya sektor pembinaan prasarana. Setakat ini, China telah menggunakan dana dari pelbagai saluran untuk membina lebih sepuluh jambatan di negara itu. 

Jambatan Prek Talong Sungai Bassac yang panjangnya 1,650 meter terletak di selatan bandar Phnom Penh, ia dijangka akan siap dan digunakan pada tahun 2027.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here