BEIJING, 28 Mac – Presiden China, Xi Jinping telah ditemui Perdana Menteri Sri Lanka, Dinesh Gunawardan di Dewan Besar Rakyat di Beijing petang semalam.

Xi menegaskan bahawa China menyokong Sri Lanka melindungi kedaulatan, kemerdekaan dan maruah bangsa serta meneroka jalan modenisasi selaras dengan keadaan negara sendiri, dan akan terus memberi bantuan yang semampunya kepada Sri Lanka bagi menggerakkan pembangunan sosioekonomi. 

Menurut Xi, kedua-dua pihak perlu berusaha bersama-sama untuk mendorong pembinaan bersama yang berkualiti tinggi di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dengan menumpu kepada dua projek mega, iaitu kota pelabuhan Colombo dan pelabuhan Hambantota, memperincikan kerjasama logistik, sumber tenaga dan perindustrian, dan meningkatkan interaksi dan kerjasama dalam bidang ekonomi digital, ekonomi hijau, sumber tenaga hijau, pelancongan kebudayaan dan ekonomi maritim. 

Selain itu, China bersedia terus memperluas pengimportan produk yang bercirikan Sri Lanka yang bermutu tinggi, dan menggalakkan syarikat domestik untuk melabur di Sri Lanka yang diharap menyediakan persekitaran urus niaga yang adil dan telus. 

Pada masa yang sama, China bersedia bersama-sama Sri Lanka untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang pengurangan kemiskinan di kawasan luar bandar, membantu Sri Lanka merealisasikan penaiktarafan dan pengubahsuaian ekonomi serta pembangunan berterusan. Kedua-dua pihak perlu terus mengamalkan lima prinsip tentang hidup secara damai, mengintensifkan kerjasama dan penyelarasan dalam menangani urusan antarabangsa dan serantau, melindungi kepentingan bersama kedua-dua pihak dan keadilan antarabangsa supaya dapat mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Dinesh Gunawardan yang berada dalam jadual lawatan rasmi di China pula berkata, Sri Lanka dan China mempunyai persahabatan tradisional. Pihaknya konsisten mengamalkan prinsip Satu China dan dasar kerjasama persahabatan dengan China yang sentiasa diletakkan pada kedudukan keutamaan dalam diplomasinya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here