PETALING JAYA: Dr Mahathir Mohamad membidas kerajaan pimpinan Perikatan Nasional atas peningkatan kes Covid-19 selepas Pilihan Raya Negeri di Sabah.

Bekas perdana menteri itu menyalahkan kerajaan “pintu belakang” mengadakan PRN di Sabah dengan cuba merampas kuasa daripada Warisan Plus.

“Untuk elak ini berlaku, kerajaan Warisan terpaksa dibubarkan untuk mengadakan PRN.

“Sepatutnya PRN Sabah tidak diadakan. Sabah sudah ada PRN pada 2018. Warisan menang dan tubuh kerajaan,” tulisnya di Facebook hari ini.

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, PRN itu berkos tinggi dan menyebabkan penularan Covid-19 dari Sabah ke Semenanjung.

“Dari negeri yang selamat, Sabah jadi kluster.

“Beribu akan jadi mangsa, maut pun ada.”

Beliau turut mencabar Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mengotakan janjinya mengadakan pilihan raya umum, jika Gabungan Rakyat Sabah memenangi PRN Sabah.

“Jangan mungkir janji. Adakan PRU, biar ratusan ribu dijangkiti, biar lebih ramai mati.

“Politik lebih utama daripada prinsip.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here