BEIJING, 25 Jan — Agenda Davos Forum Ekonomi Dunia (WEF) berlangsung hari ini sehingga Jumaat secara dalam talian dan Presiden China, Xi Jinping turut hadir menyampaikan ucaptama.

Xi pertama kali menghadiri sidang tahunan WEF empat tahun lalu dan ketika itu beliau berkongsi pandangan China mengenai globalisasi ekonomi.

Presiden WEF Borge Brende berkata hubungan perdagangan akan membawa kepada pertambahan peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi khususnya ketika bergelut penularan COVID-19.

Justeru katanya, kemajuan lebih besar akan dapat dicapai menerusi kolaborasi semua pihak.

Brende berkata, sebagai entiti tunggal ekonomi yang berjaya mengekalkan pertumbuhan positif pada 2020, pembangunan China juga akan membawa pengaruh besar terhadap dunia.

Pengarah Pusat Penyelidikan dan Perniagaan China-Brazil, Ronnie Lins pula berkata  pertumbuhan ekonomi China akan menyuntik rangsangan kepada pemulihan ekonomi global.

“China mempunyai kedudukan penting dalam ekonomi dunia. Makin pantas pemulihannya, makin cepat ekonomi negara-negara lain kembali normal,” ujar beliau.

Tambah beliau, dunia meletakkan harapan tinggi terhadap pertumbuhan China kerana ia merupakan enjin kepada ekonomi dunia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here