KUALA LUMPUR, 14 Jun — Teleport, cabang logistik AirAsia Digital akan meningkatkan kemampuan penghantaran dan kargo digitalnya sejajar dengan pertumbuhan e-dagang yang ketara, dipacu oleh pandemik COVID-19.

Pertumbuhannya akan dipercepatkan dengan khusus pertama syarikat itu, Boeing 737-800F serta mengubah dua pesawat penumpang AirAsia A320 sebagai penyedia perkhidmatan kargo sahaja untuk meningkatkan kapasiti penghantaran kargo, kata AirAsia dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini .

“Perluasan ini juga akan disokong oleh lebih daripada 3,270 daripada rakan kongsi meliputi seluruh rantau. Kira-kira 20 peratus dalam pasukan kerja itu terdiri daripada ‘AirAsia Allstars’ termasuk juruterbang, krew kabin yang terkesan akibat pandemik tersebut,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Sri Tony Fernandes berkata Teleport berjaya meningkatkan pendapatannya pada suku pertama 2021 berbanding sukuk keempat 2020.

“Teleport menyediakan kemudahan penghantaran pada hari yangsa sama, menghubungkan ke bandar kecil yang hanya dapat diakses oleh rangkaian syarikat penerbangan seperti penghantaran untuk Program Makanan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dari habnya di Kuala Lumpur dan penghantaran perubatan bekalan ke Vientiane, Laos,” katanya.

Sejak melancarkan perkhidmatan penghantaran dari pintu ke pintu di 77 bandar di lima buah negara tahun lalu, Teleport telah berjaya menghantar kargo dan produk pengguna lain dalam waktu kurang daripada 24 jam di laluan dua hala antara Kuala Lumpur dan Singapura, Kuching dan Kota Kinabalu.

Ia juga akan memperluaskan perkhidmatan penghantaran 24 jam dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, Melaka, Johor dan Ipoh di Malaysia dan laluan antarabangsa serta domestik lain di Thailand, Indonesia dan Filipina.

Syarikat penerbangan itu berkata kapasiti tambahan tiga pesawat kargo dan kerjasama dengan syarikat penerbangan, pengangkutan, trak dan van pihak ketiga akan memperkukuhkan kemampuan Teleport, tidak hanya pada laluan jarak dekat sedia ada tetapi juga di pasaran utama seperti China, India serta pasaran baharu di seluruh Asia Tenggara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here