PUTRAJAYA, 5 Jan — Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), satu daripada lima badan pemantau bebas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mendapati tiada sebarang perlakuan jenayah atau percanggahan kepentingan  melibatkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dalam urus niaga saham pada 2015.

Pengerusi LPPR Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata LPPR dalam mesyuarat khas pada 24 November lepas (2021) telah mendapatkan penjelasan Azam dan Ketua Pesuruhjaya SPRM itu menjelaskan bahawa akaun sahamnya digunakan oleh adiknya, Nasir Baki, untuk membeli saham-saham pada tahun 2015.

Abu Zahar berkata pembelian saham-saham berkenaan dibuat di pasaran saham terbuka dan tiada sebarang pencanggahan kepentingan bagi pembelian saham-saham berkenaan pada tahun 2015, dan saham-saham itu juga telah dipindahkan kepada Nasir pada tahun yang sama.

Beliau berkata setelah berbincang dengan panjang lebar, ahli-ahli LPPR berpendapat bahawa  Azam tiada sebarang kepentingan ‘pecuniary’ (kewangan) mahupun benefisial ke atas saham-saham berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here