BEIJING, 1 Sept — China akan terus menggalakkan pembangunan yang lebih berkualiti secara lebih terbuka di samping meningkatkan akses pasaran dalam sektor perkhidmatan untuk negara luar, kata Presiden Xi Jinping.

Beliau berkata demikian dalam perutusan tahniahnya sempena Pameran Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa China (CIFTIS) 2022 yang dilancarkan pada Rabu.

China akan mengamalkan prinsip yang lebih terbuka mencakupi pelbagai aspek termasuk perdagangan perkhidmatan rentas sempadan selain meneroka fungsi platform keterbukaan serta membentuk sistem industri perkhidmatan yang berstandard tinggi, katanya. 

Xi menekankan bahawa China bersedia bersama-sama dengan negara lain untuk mempertahankan multilateralisme, menggalakkan ekonomi perkhidmatan yang terbuka dan berkongsi demi menyuntik momentum kepada pemulihan serta pembangunan ekonomi dunia.

Beliau berkata China akan terus mengamalkan dasar pintu terbuka, melonggarkan akses pasaran untuk industri perkhidmatan, secara aktif mengembangkan import perkhidmatan berkualiti tinggi, mengembangkan pangkalan eksport perkhidmatan unik, dan membangunkan konsep perniagaan dan model perdagangan perkhidmatan baharu.

“China akan meningkatkan tahap keterbukaan, menggalakkan pelaksanaan senarai negatif perdagangan perkhidmatan, dan meneroka pembinaan zon demonstrasi inovasi perdagangan perkhidmatan negara. 

“Di samping itu, China akan meluaskan ruang kerjasama, meningkatkan sokongan untuk pembangunan industri perkhidmatan di negara-negara terlibat Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dan berkongsi hasil pembangunan teknologi China dengan dunia,” kata Xi.

Untuk rekod, kadar pengantarabangsaan CIFTIS akan mencapai 20.8 peratus, iaitu peningkatan hampir tiga peratus berbanding pameran tahun lalu.

Dengan penganjuran CIFTIS 2022, secara tidak langsung mempamerkan keyakinan dan keazaman China untuk menggalakkan keterbukaan yang bertahap lebih tinggi.

Langkah itu juga membawa makna yang amat besar tatkala dunia sedang mengalami kesan negatif COVID-19, ketidaktentuan situasi antarabangsan dan kesukaran ekonomi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here