KUALA LUMPUR, 8 Nov — Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan menyempurnakan perasmian pameran Bakhache di sini.

Keberangkatan tiba Sri Paduka pada 4 petang diiringi pengasas Kumpulan Bakhache, Antoine Bakhache.

Pameran itu, yang berlangsung dari 9 hingga 11 Nov ini di The Ritz Carlton, adalah pameran kolektif yang mengetengahkan pertukangan terbaik dari seluruh dunia, termasuklah pertunjukan istimewa hari ini iaitu tekstil tradisional Malaysia daripada Yayasan Tenun Pahang Diraja.

Dalam sesi pertunjukan istimewa itu, para tetamu berpeluang melihat model memperagakan tekstil berkenaan berserta barang kemas buatan Mouwad, Lotus Arts de Vivre dan Kumpulan Bakhache.

Bagi acara ini, Yayasan Tenun Pahang Diraja berkolaborasi dengan Lotus Arts de Virve dalam mereka cipta tas tangan unik dibalut kain tenun. 

Tas tangan itu dibingkai indah dengan salutan emas Sterling Silver, buluh Jepun dan diserlahkan dengan salutan rhodium hitam Sterling Silver. Ia turut dihiasi sujian buatan tangan daripada tempurung kelapa dan batuan Tsavorites serta berlian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here