KUALA LUMPUR, 2 Mac – Lebih 300,000 jemaah dari Malaysia telah menjalankan ibadah umrah sejak musim umrah bermula pada 30 Julai tahun lepas, kata Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.

Kemudahan yang disediakan oleh kerajaan Arab Saudi turut menyumbang kepada kedatangan jemaah dari Malaysia yang ramai dalam tempoh lapan bulan itu. 

Beliau berkata kerajaan Arab Saudi juga menantikan kedatangan 31,600 jemaah haji dari Malaysia – iaitu kuota penuh sebelum penularan wabak COVID-19, pada musim haji 1444 Hijrah, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Beliau dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia yang berakhir semalam.

Arab Saudi turut melaksanakan beberapa kemudahan bagi memudahkan urusan ibadah haji tahun ini termasuk yang terbaharu iaitu pengurangan premium insuran haji sebanyak 73 peratus dan persaingan terbuka antara penyedia perkhidmatan haji.

Beliau optimis bahawa langkah itu akan menyumbang kepada pengurangan kos haji dan dalam masa yang sama meningkatkan kualiti perkhidmatan.

Beliau turut bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa menteri yang lain bagi membincangkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara serta peluang untuk membangunkan kerjasama dalam semua sektor yang mempunyai kepentingan bersama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here