KUALA LUMPUR, 28 Mei – Hampir 15,000 peluang pekerjaan ditawarkan pada Karnival Kerjaya MYFutureJobs dan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) 2023 yang akan diadakan di tiga negeri pada dua hujung minggu berturut-turut.

Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dalam kenyataan hari ini memaklumkan karnival yang dianjurkan Kementerian Sumber Manusia menerusi pertubuhan itu, diadakan serentak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan Bagan Datuk, Perak pada hari ini dan esok, diikuti di Pulau Pinang pada 3 dan 4 Jun.

“Sejumlah 100 majikan mengesahkan penyertaan dalam tiga karnival ini dengan jumlah keseluruhan 14,787 jawatan kosong yang menawarkan gaji bulanan sehingga RM10,000,” menurut kenyataan itu.

Antara majikan yang akan mengambil bahagian adalah Honda Malaysia Sdn Bhd, Maybank Berhad, Maxis Broadband Sdn Bhd, Samsung SDI Energy Malaysia Sdn Bhd, Plus 2 Malaysia Berhad, Public Mutual Berhad, 7-Eleven Malaysia Sdn Bhd, Genting Malaysia Berhad dan Prasarana Malaysia Berhad.

Selain sesi temu duga terbuka di setiap karnival, turut diadakan adalah promosi dan sesi penerangan tentang SKSSR iaitu satu skim perlindungan untuk golongan suri rumah yang dikuatkuasakan KSM pada 1 Dis lepas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here