BEIJING, 31 Ogos – Indeks pengurus pembelian (PMI) industri pembuatan China pada Ogos naik 0.4 mata peratusan berbanding Julai lalu, iaitu peningkatan sebanyak 49.7 peratus, umum Persekutuan Logistik dan Pembelian China (CFLP) dan Pusat Penyelidikan Sektor Perkhidmatan Biro Statistik Negara China, pada Khamis.

Menurut laporan, terdapat 12 daripada 21 sektor menyaksikan peningkatan PMI, sekali gus memberi petunjuk terhadap perkembangan sektor industri pembuatan di China.

Pada masa sama, indeks pesanan baharu naik 0.7 mata peratusan berbanding bulan terdahulu dengan menokok 50.2 peratus, manakala permintaan dalam sektor industri pembuatan kemudahan dan barang pengguna turut semakin meningkat.

Naib Presiden CFLP, Cai Jin, berkata peningkatan indeks PMI untuk tiga bulan berturut-turut itu, menunjukkan bahawa prestasi ekonomi terus pulih dengan stabil, manakala indeks pesanan baharu yang kembali semula ke paras 50 peratus ke atas pula menandakan momentum endogen semakin kuat dalam pertumbuhan ekonomi di negara ini.

Memetik laporan itu, Indeks Pengeluaran Perindustrian meningkat 1.7 mata peratusan berbanding bulan sebelumnya dengan mencatat 51.9 peratus yang turut menyaksikan peningkatan yang ketara.

Daripada perspektif unjuran pasaran perusahaan, indeks jangkaan aktiviti pengeluaran dan perniagaan pada bulan Ogos dijangka meningkat 0.5 mata peratusan berbanding bulan Julai, dengan mencatat 55.6 peratus  yang berada pada paras 55 peratus ke atas untuk dua bulan berturut-turut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here