KUALA LUMPUR, 30 Dis – Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham memohon maaf kerana mencadangkan pakar daripada orang bukan Islam dilantik untuk membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggubal undang-undang Islam.

Ngeh menarik semula cadangannya itu, dengan menjelaskan beliau tidak mengetahui bahawa jawatankuasa khas itu sebenarnya dibentuk Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang dipengerusikan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. 

“Oleh itu, saya dengan ini menarik balik cadangan saya dan memohon maaf dengan tulus hati. Saya tiada niat langsung untuk campur tangan dalam hal ehwal agama Islam,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, Sultan Sharafuddin bertitah mengingatkan rakyat khususnya yang bukan beragama Islam agar menghormati dan tidak mencampuri urusan berkaitan hal ehwal agama Islam di negara ini.

Titan baginda agar ahli politik khususnya yang bukan beragama Islam tidak terus-menerus mencampuri urusan hal ehwal agama Islam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here