KUALA LUMPUR, 24 Jan – Restoran berputar ARAS yang terletak pada ketinggian 282 meter dari aras tanah di Menara Kuala Lumpur di sini akan mula beroperasi pada 29 Jan ini.

Menara Kuala Lumpur dalam kenyataan hari ini memaklumkan ARAS diurus oleh MKL Cuisine Sdn Bhd, yang merupakan anak syarikat Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd.

ARAS akan menggantikan Restoran Atmosphere 360 yang diarah menghentikan operasi susulan perintah pengosongan premis oleh Mahkamah Tinggi di sini pada 22 Dis lepas.

Menurut kenyataan itu, restoran baharu berkenaan bersedia untuk menjadi destinasi kulinari utama di ibu kota seterusnya menjanjikan pengalaman makan yang unik dengan menu gabungan disesuaikan bagi memenuhi cita rasa tempatan dan antarabangsa.

Harga bufet yang ditawarkan pada Isnin hingga Khamis bagi dewasa ialah RM199 dan kanak-kanak RM119 manakala hujung minggu atau cuti umum menyaksikan harga untuk dewasa ialah RM249 dan RM149 bagi kanak-kanak, dengan kemasukan secara percuma ke pelantar pemandangan.

Bagi mendapatkan slot di ARAS, orang ramai  boleh membuat tempahan dengan menghubungi 011-2888 2020 atau e-mel kepada booking@aras.kltower.com.my

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here