BEIJING, 27 Mac – Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) semalam meluluskan resolusi No. 2726 yang mendesak bahawa gencatan senjata diwujudkan segera di Genting Gaza semasa bulan Ramadan, malah bertindak kondusif bagi mencapai gencatan senjata yang konsisten untuk jangka masa panjang.

Ini resolusi UNSC pertama yang menggesa gencatan senjata diwujudkan di Gaza sejak tercetusnya konflik antara Palestin dengan Israel pada 7 Oktober tahun lalu. 14 buah anggota UNSC termasuk China membuang undi setuju, sedangkan Amerika Syarikat (AS) memilih berkecuali.

Menurut resolusi itu juga, pihak-pihak terbabit didesak membebaskan semua orang tahanan tanpa syarat, memastikan mereka mendapat akses ke bantuan kemanusiaan seperti sumber perubatan, dan mematuhi kewajipan berkenaan yang tercantum dalam peraturan antarabangsa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here