GUA MUSANG, 10 Ogos – Kementerian Kerja Raya (KKR) akan memastikan tiada kerja termasuk penurapan di jalan dan lebuh raya di enam negeri yang terlibat Pilihan Raya Negeri (PRN), bermula esok hingga Ahad.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata langkah itu diambil bagi memastikan aliran trafik lancar dalam tempoh itu.

“Selain itu kawalan trafik turut dibantu pihak polis bagi memastikan tiada laluan terganggu semasa PRN di enam negeri yang terlibat,” katanya.

Abdul Rahman berkata pihaknya juga telah meminta Jabatan Kerja Raya di jajahan Gua Musang supaya tidak melakukan kerja-kerja pembaikan jalan bagi memastikan aliran trafik lancar sekali gus memudahkan perjalanan anak rantau balik mengundi.

“Justeru itu bermula dari bulatan Tanah Putih kita akan buka jalan dua hala untuk permudahkan mereka yang melalui daerah ini menuju ke Kota Bharu atau Rantau Panjang,” katanya. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here